Assalamualaikum semua.. alhamdulillah... anak bongsuku( bongsu kot..) MUSA dah sihat dari demamnya. Gigi atas baru tumbuh. Kesiannya anak ibu... MUSA sangat persis dengan abangnya ADAM.. menderita ketika tumbuh gigi susu.Berlainan pula dengan IBRAHIM, anak kedua saya. IBRAHIM tidak demam dan tidak pula meragam. Tau2 dah ada gigi. Indahnya saat melihat anak sudah tumbuh gigi.
Musa mula tumbuh gigi pada usia 5 bulan lagi. Cepatnya..berbanding abangnya ADAM dan IBRAHIM..abang2nya tumbuh ketika usia 8-9 bulan..
Rentetan ketika MUSA tumbuh gigi, si ADAM pula mula goyang gigi susunya ketika di usia 6 tahun. selera makan berkurangan dan si ADAM cukup menjaga dan membelai gigi goyangnya itu. Duhai anak...meh ibu cabutkan gigi tu!
Adam ku bawa ke Klinik Pergigian Masjid Tanah. Alhamdulillah service ok dan cepat. Dulu dengarnya rawatan hanya pada hari Rabu tapi sekarang setiap hari..thats mean Mon til Friday. Free payment, alhamdulillah selamat RM. hihihi...
Jom layan gambar TERUNA BETA..
tiga hero..layan...
My bobot MUSA
ADAM menayang gigi..
cabut gigi kena ada gaya jugak..layankan je..TQ to dentist!